Ikuti Kami:

G-Dragon Rilis ‘Cover’ Lagu Elvis ‘Can’t Help Falling In Love’ Versi Rock

G-Dragon Rilis ‘Cover’ Lagu Elvis ‘Can’t Help Falling In Love’ Versi Rock

Sebelum ini, kita dengar ada khabar angin kononnya pertemuan antara G-Dragon, Lisa BP dengan Baz Luhrmann itu adalah pertemuan untuk kolaborasi. Namun, masih belum ada pengesahan untuk perkara tersebut.

Terbaru, G-Dragon telah memuat naik ‘cover’ lagu cinta klasik Elvis Presley “Can’t Help Falling in Love” yang dinanti-nantikan. Walaupun superstar K-Pop itu sebelum ini, menggunakan alunan piano lembut untuk mengiringi versi balada lagu itu, namun untuk lagu ‘cover’ ini, dia mengejutkan pendengar dengan menukar bahagian tengah lagu.gdLagu cinta klasik itu telah disusun semula menjadi balada rock oleh G-Dragon sendiri. Pertukaran alunan muzik ini semestinya hanya boleh dilakukan oleh G-Dragon yang sebelum ini, mencipta “Crooked”, dan juga menulis rock melankolik yang menyayat hati, “Sober”, untuk kumpulannya, BIGBANG.

Setakat ini, lagu itu hanya sudah dimuat naik di saluran YouTube G-Dragon, dan kini merupakan satu-satunya video yang dimuat naik di saluran tersebut.

Korang dah dengar ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...