G-Dragon dan Lisa Blackpink baru-baru ini dilihat berjumpa dengan pengarah filem “Elvis Presley” iaitu Baz Luhrmann. Ada apa-apa kolaborasi ke ni?

Kecoh di laman media sosial apabila netizen mula berteka-teki mengenai perjumpaan G-Dragon bersama Lisa dan juga Baz Luhrmann. Ianya tercetus apabila GD memuat naik satu gambar poster “Elvis Presley”. Pada mulanya, netizen merasakan bahawa GD hanya sekadar menunjukkan sokongan terhadap filem tersebut yang baru ditayangkan.
Pun begitu, jika kita menjengah ke Instagram Stories GD, dapat dilihat satu muat naik di mana GD bertemu dengan Lisa serta Baz Luhrmann. Namun, tiada satu kata putus bahawa mereka sedang mengerjakan satu kolaborasi.Jadi, netizen mula mengaitkan setiap pertemuan atau kerjasama sebelum ini. Baz Luhrmann sebelum ini dilihat memuat naik gambar Rosé BLACKPINK yang tampil sebagai muka hadapan majalah Vouge Australia edisi Jun 2022. Bazz Luhrmann yang juga merupakan editor jemputan bagi majalah itu menyatakan sesuatu dalam sesi temu bual bersama Rosé.
Ianya sesuatu yang menarik untuk menemu bual bintang berbakat Korea-Australia, (@roses_are_rosie) dan sangat terpegun dengan pandangan yang dia berikan terhadap filem Elvis.
Perkara itu sedikit sebanyak menunjukkan minat Baz Luhrmann terhadap artis-artis Korea malah ramai yang turut menjangkakan bahawa akan ada satu kerjasama yang berlaku antara mereka dan ia pastinya sesuatu yang hebat.
Ha korang rasa macam mana? Adakah dorang berjumpa sekadar nak luangkan masa bersama atau memang betul akan ada kolaborasi?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.