Ikuti Kami:

G-Dragon Mula Persiapan Comeback, Dijangka Bakal Adakan Konsert Di Lokasi Menakjubkan

G-Dragon Mula Persiapan Comeback, Dijangka Bakal Adakan Konsert Di Lokasi Menakjubkan

Nampaknya, 2024 ini akan menjadi tahun G-Dragon!

Terbaru menurut laporan eksklusif pada 10 Januari, G-Dragon telah melakukan perbincangan dengan Madison Square Garden (MSG), sebuah syarikat sukan dan hiburan terkemuka di Amerika Syarikat, mengenai kemungkinan persembahannya di The Sphere.

Untuk pengetahuan, The Sphere ialah tempat persembahan baru yang mengagumkan di Las Vegas dan telah menelan belanja sebanyak 2.3 bilion USD, dengan sebanyak 18,600 tempat duduk.

g-dragon

Jika benar idola itu akan membuat persembahan di situ, G-Dragon akan menjadi artis Asia pertama yang mempunyai pencapaian sedemikian, sama ada persembahan solo atau persembahan bersama artis lain.

Sementara itu, G-Dragon juga dijangka akan membuat kemunculan semulanya yang dinantikan pada tahun ini seperti melancarkan album dan pelbagai aktiviti global, selepas mengumumkan permulaan baru dengan Galaxy Corporation.

Nantikan info lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...