Nampaknya, sebab G-Dragon memutuskan untuk berpisah dengan YG Entertainment telah didedahkan.
Pada 22 Disember, Sports Seoul melaporkan bahawa faktor penentu G-Dragon memilih untuk menyertai Galaxy Corporation dan bukannya kekal dengan YG Entertainment adalah kerana cara mereka mengendalikan kontroversi dadahnya baru-baru ini.
Menurut laporan, lelaki itu sudah bersedia untuk memperbaharui kontraknya dengan YG Entertainment namun, dia kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan agensi tersebut yang langsung tidak melindunginya ketika dituduh mengambil dadah. Tulis agensi,
Sukar untuk menjawab secara rasmi kerana dia bukan artis milik syarikat kami.
Berbeza dengan Galaxy Corporation yang secara aktif melindungi artis itu dan memberikan nasihat undang-undang semasa tempoh dakwaan penggunaan dadah.
Tambah media,
Ketidakpuasan hati G-Dragon yang ketara terhadap YG memainkan peranan yang besar dia ingin berpisah.
Hmm patutlah..