Ikuti Kami:

G-Dragon Dilantik Jadi Profesor Di Universiti Berprestij Di Korea

G-Dragon Dilantik Jadi Profesor Di Universiti Berprestij Di Korea

Terbaru pada 5 Jun, universiti berprestij di Korea iaitu Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) mengumumkan bahawa G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong telah dilantik sebagai profesor pelawat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Khususnya, pelantikan ini adalah bertujuan untuk mengembangkan daya saing global budaya Korea dengan menggunakan teknologi saintifik terkini yang dibangunkan di KAIST kepada kandungan K- dan industri budaya.

Selain itu, agensi lelaki itu iaitu Galaxy Corporation turut menyatakan,

G-Dragon dijangka akan menyumbang kepada inovasi pasaran dan penyebaran global serta pertumbuhan budaya K melalui penyelidikan dan pembangunan ‘entertech’.

g-dragon

Sementara itu, tempoh pelantikan G-Dragon sebagai profesor adalah sehingga Jun 2026 nanti dan pada masa yang sama, dia juga akan dilantik sebagai duta global KAIST bagi mengukuhkan lagi promosi universiti itu di luar negara.

Mesti ramai pelajar nak masuk universiti KAIST lepas ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...