Ikuti Kami:

Patut Comeback Pada November 2023, Rupanya Ini Sebab G-Dragon Terpaksa Tunda Lancar Album Baru

Patut Comeback Pada November 2023, Rupanya Ini Sebab G-Dragon Terpaksa Tunda Lancar Album Baru

Mesti ramai kan yang menantikan lagu baru dari G-Dragon?

Menurut sumber, semasa masih berada di bawah YG Entertainment, penyanyi itu telah dijadualkan untuk membuat kemunculan semula pada November 2023 tetapi, ianya terpaksa ditangguhkan kerana dia secara mengejut terpalit dengan tuduhan mengambil dadah pada bulan Oktober.

Bahkan, tuduhan palsu yang dibuat ke atasnya telah berlarutan selama berminggu-minggu, menyebabkan G-Dragon semakin tertekan dan rancangan untuk mengeluarkan albumnya terpaksa ditangguhkan.

g-dragon comeback

Selepas bebas dari pelbagai dakwaan dan membersihkan namanya, penyanyi “Crooked” itu kemudiannya terus meninggalkan YG Entertainment dan menandatangani kontrak bersama Galaxy Corp.

Membuatkan peminat teruja, Galaxy Corp juga mengesahkan bahawa G-Dragon sedang menyiapkan album barunya dengan matlamat untuk dikeluarkan pada separuh kedua tahun ini.

Selain rancang untuk melancarkan muzik baru, G-Dragon juga dijangka bakal menemui peminat menerusi konsert jelajah dunia. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Break News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...