Ikuti Kami:

“G-DARAGON” – Tukar Bio IG, Peminat Teka G-Dragon Sedang Bercinta Dengan Dara 2NE1?

“G-DARAGON” – Tukar Bio IG, Peminat Teka G-Dragon Sedang Bercinta Dengan Dara 2NE1?

Tiada angin tiada ribut, G-Dragon BIGBANG dan Dara 2NE1 dikatakan sedang menjalinkan hubungan mesra bersama kini?

Terbaru, peminat perasan bahawa ahli BIGBANG itu telah menukar bio Instagramnya dengan nama ‘G-DARAGON’ iaitu gabungan namanya dan ahli 2NE1 Sandara Park.

Oleh itu, ramai yang mendakwa bahawa G-Dragon sepertinya sudah mengesahkan mengenai hubungannya bersama Dara. Namun, ada juga yang menganggap bahawa ia hanyalah kesilapan ejaan yang dibuat oleh penyanyi “Crooked” itu.

https://twitter.com/jnktoowell/status/1640005147672682499?s=20

Tidak lama kemudian, G-Dragon dilihat sudah menukar kembali bio Instagramnya dengan ejaan yang betul, menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh orang ramai mengenai hubungannya bersama Dara.

Antara reaksi peminat,

Ia telah diperbetulkan tetapi, ia menyeronokkan semasa ia berlaku!

 

Maaf GD kami dah screenshot 😂

 

Saya rasa ini bukan kesilapan menaip. Jika anda menyemak kekunci A tidak berdekatan dengan G 👀

Mesti panik G-Dragon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...