Ikuti Kami:

“3 Bulan Lagi..” – Bikin Peminat Teruja, G-Dragon Janji Akan Keluarkan Album Baru

“3 Bulan Lagi..” – Bikin Peminat Teruja, G-Dragon Janji Akan Keluarkan Album Baru

Nampaknya, G-Dragon akan menemui peminat dengan muzik baru tak lama lagi!

Terbaru, G-Dragon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas untuk majalah Harper’s Bazaar edisi April, di mana dia berkongsi rancangan untuk aktivitinya pada masa akan datang. Pada awalnya, ahli BIGBANG itu bercakap bahawa sudah 6 tahun dia tidak mengeluarkan album baru,

Terdapat banyak cara untuk menyapa peminat dan penonton apabila saya aktif. Memandangkan saya tidak mengeluarkan album selama 6 tahun, saya fikir ia akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan album jika saya hanya berdiam diri. Jadi, saya cuba untuk memberi tekanan kepada diri saya sendiri.

Sambung G-Dragon lagi dengan meminta perhatian dari peminat untuk aktiviti barunya akan datang,

Saya ingin memberitahu peminat bahawa saya berharap agar aktiviti saya adalah antara perkara yang mereka nantikan pada tahun baru. Sama ada mereka tunggu atau tidak, saya sedang menyediakan projek yang boleh mengujakan mereka dalam pelbagai cara.

g-dragon bigbang

Kemudian, apabila ditanya sama ada dia akan mengeluarkan album baru, G-Dragon dengan tegas menyatakan,

Saya perlu mengeluarkannya. Saya dah janji.

Tambahnya lagi,

Saya sedang menyediakan album baru dengan matlamat untuk mengeluarkannya dalam masa 3 bulan. Ia akan berlaku jika semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Siap sedia semua, G-Dragon akan kembali!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...