Ikuti Kami:

fromis_9 Bakal Kembali Bersama Ahli Penuh Untuk Album Terbaharu

fromis_9 Bakal Kembali Bersama Ahli Penuh Untuk Album Terbaharu

Kumpulan penyanyi fromis_9 kini kembali dengan album baharu!

Baru-baru ini, seorang wakil daripada Pledis Entertainment, agensi syarikat mereka, berkongsi

fromis_9 akan kembali dengan album mini pada akhir bulan Jun. Mereka merancang untuk mempromosikan secara keseluruhan termasuk Baek Ji-heon.

Pelancaran album baru ini adalah kira-kira 5 bulan selepas album mini ke-4 “Midnight Guest” yang dikeluarkan pada bulan Januari. fromis_9 mencatatkan rekod keputusan yang baik sehingga berjaya menduduki tempat pertama dalam rancangan muzik dengan lagu “DM” di bawah album “Midnight Guest”.

Dalam pada itu, salah seorang ahli fromis_9, Baek Ji-heon, yang menunda semua aktiviti buat sementara waktu pada bulan Februari, kini turut kembali bersama kumpulannya. Pada ketika itu, Baek Ji-heon dikhabarkan sedang menghidapai masalah kesihatan psikologi dan mengumumkan bahawa dia akan memberi sepenuh tumpuan kepada rawatan pemulihannya.

fromis_9

fromis_9 juga pernah mengadakan perjumpaan bersama peminat “2022 fromis_9 ‘fromis day'” yang pertama bulan lepas untuk beramah mesra dengan para peminat.

Tak sabarkan nak tunggu album terbaru? Dah la kali ini, Baek Ji-heon pun dah turut serta! Nantikan album terbaru mereka okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...