Ikuti Kami:

“Saya Penat Nak Mati” – Komen Ketika Live Undang Kritikan, Lee Saerom fromis_9 Minta Maaf

“Saya Penat Nak Mati” – Komen Ketika Live Undang Kritikan, Lee Saerom fromis_9 Minta Maaf

Baru-baru ini, Lee Sae-rom daripada kumpulan fromis_9 menerima kritikan ramai selepas terlepas cakap dalam siaran langsung di V Live.

Dalam siaran langsung yang disertai kesemua ahli itu, gadis itu telah mengutarakan kata-kata seperti “Saya penat nak mati” dan “Saya nak balik rumah cepat” tanpa menyedari bahawa sudah pun bermula dan kesemua peminat boleh mendengarnya.

Oleh kerana kata-katanya itu, ramai menyangka bahawa dia sepertinya tidak mahu berada di situ untuk menyapa peminat.

saerom fromis_9

Dek pelbagai salah faham, Lee Sae-rom telah memuat naik kenyataan di WeVerse untuk menjelaskan situasi sebenar,

Hello, ini ialah Saerom dari fromis_9.

Saya menulis ini kerana ingin menjelaskan dengan lebih lanjut kepada Flover (nama peminat) mengenai kata-kata yang awak dengari semasa permulaan V LIVE semalam.

Di antara pengakhiran kuarantin kendiri hingga ke permulaan V LIVE, ia merupakan pertemuan pertama sejak sekian lama bersama ahli lain dan peluang untuk bertanyakan khabar ahli lain. Awalnya saya memberitahu pada ahli lain bahawa saya seronok bersendirian ketika kuarantin kerana terlalu lama berada bersama ahli lain sebelumnya, namun saya berasa penat seperti nak mati kemudiannya kerana tidak dapat keluar.

Tambahan pula, tempoh kuarantin hanyalah 7 hari namun saya tidak dapat pulang ke asrama hingga Soyeon yang tinggal di rumah yang sama disahkan negatof. Jadi, saya risaukannya dan mengatakan bahawa saya mahu pulang ke rumah cepat untuk berjumpa dengannya. Saya merasakan bahawa ayat yang didengari semalam tanpa konteks sebenar menimbulkan salah faham.

Saya mahu menonjolkan imej yang baik buat Flover kerana sudah lama tak bertemu, namun saya minta maaf kerana membuatkan anda terkejut dan risau kerana kecuaian saya. Saya akan terus menyapa anda dengan kebih berhati-hati dan matang.

 

Salah faham sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...