Ikuti Kami:

Foto Tular, Han Sohee & Song Kang Sedang Bercinta?

Foto Tular, Han Sohee & Song Kang Sedang Bercinta?

Tidak dinafikan bahawa Song Kang dan Han So-hee kelihatan sepadan dalam drama “Nevertheless” kan?

Terbaru, diam tak diam, sebuah foto tular di serata laman komuniti di Korea mengatakan bahawa kedua pelakon itu sedang ‘berdating’.

Meskipun tidak dapat dipastikan siapakah gerangan wanita dan lelaki di dalam gambar itu namun ramai yang menduga mereka ialah Han So-hee dan Song Kang.

moon sangmin han sohee song kang

Walau bagaimanapun, pelakon Moon Sang-min dilihat memuat naik kembali foto yang sama di laman Instagram miliknya dengan kapsyen, “Perjumpaan pelakon My Name” lantas memadam api gosip berkenaan.

Rupanya lelaki yang bersama Han So-hee itu ialah Moon Sang-min dan bukanlah Song Kang seperti yang ditebak netizen.

Hmmm.. kalau mereka bercinta pun okay kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...