Mesra Di Sebalik Tabir ‘Nevertheless’, Netizen Syak Han Sohee & Song Kang Bercinta?

song kang dan han sohee

Sejak barisan pelakon disahkan, drama “Nevertheless” terus menjadi bualan ramai sehingga kini.

Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-eon (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

jtbc nevertheless

Mungkin kerana rakan sebaya, padanan visual Song Kang dan Han So-hee nyata menjadi bualan ramai penonton K-Drama. Memang serasi sangat!

Tapi ada pula yang mengesyaki mereka berdua mungkin mempunyai hubungan lebih daripada kawan kerana kemesraan yang ditonjolkan di dalam sedutan belakang tabir drama tersebut.

song kang dan han sohee

song kang dan han sohee

song kang dan han sohee

Komen penonton:

Song Kang sering tersenyum gembira tapi caranya tersengih memandang Han So-hee.. pertama kali saya melihat dia seperti itu.

 

Tak rasa mereka sedang bercinta, mungkin sedang dalam fasa perkenalan?

 

Saya terlalu memandang ke hadapan tapi kalau mereka mempunyai anak bersama, mesti ‘padat’ betul visualnya.

 

Seperti madu mencurah daripada mata Song Kang apabila dia memandang Han So-hee. Melihatkannya tersenyum sambil memegang tangan Han So-hee, nampak seperti bukan berlakon.

 

Song Kang nampak ketara sangat..

Bersemut betul tengok mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply