Pada 28 April, episod terakhir “Queen Of Tears” telah disiarkan, di mana ianya telah berjaya mencipta rekod selepas mencapai rating sebanyak 24.9%.
Meskipun ramai yang berpuas hati melihat pengakhiran bahagia Hong Hae-in dan Baek Hyun-woo, segelintir peminat telah menjumpai bukti bahawa pasangan tersebut sepatutnya berakhir dengan berbeza.
Dalam episod terakhir tersebut, terdapat satu babak yang menunjukkan Baek Hyun-woo pergi melawat kubur Hong Hae-in yang meninggal pada tahun 2074. Tetapi, peminat telah mendapati bahawa Hong Hae-in sepatutnya meninggal pada tahun 2034, 40 tahun lebih awal daripada yang ditunjukkan.
Ianya kerana satu gambar batu nisan asal yang tertulis nama Hong Hae-in telah tular di media sosial. Malah, ramai juga yang sedar bahawa epilog drama tersebut hanya menunjukkan gambaran pasangan itu bersama anak mereka di usia muda sahaja dan tiada sebarang gambar yang menunjukkan mereka hidup tua bersama.
Now it makes sense. If haein died in 2034 it explains why they don’t have more family pictures when their daughter grownups 🥹pic.twitter.com/AfAShIH3jl https://t.co/3c4Wu7kVyc
— 🍉 (@realllllwawa) April 29, 2024
Ramai juga yang membuat spekulasi bahawa pasukan produksi telah merakamkan dua pengakhiran buat drama ini, tetapi memilih untuk menggunakan pengakhiran yang bahagia.
Meskipun netizen berbelah bahagi dengan kemungkinan pengakhiran yang berbeza, ramai juga yang merasakan bahawa pengakhiran yang sedih akan lebih memberikan impak kepada penonton.
Korang rasa macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.