Ikuti Kami:

Foto ‘Free Hair’ Tular, Netizen Persoal Jika Ayana Moon Sudah Tidak Berhijab?

Foto ‘Free Hair’ Tular, Netizen Persoal Jika Ayana Moon Sudah Tidak Berhijab?

Antara pempengaruh Korea yang popular di Malaysia, nama Ayana Moon secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai kini.

Ini berikutan sebuah video yang tular di TikTok di mana ianya memaparkan kompilasi foto wanita berkenaan yang tidak berhijab.

Pun begitu, rata-rata peminat menyelar kandungan klip berkenaan dan menyatakan bahawa kesemua gambar itu adalah dari koleksi lama sebelum berhijab penuh. Ada yang berkata mustahil dia menayangkan rambut memandangkan Ayana sudah memeluk Islam sejak di bangku sekolah.

Namun, segelintir lagi menolak penjelasan it dan mengatakan telefon bimbit yang dapat dilihat di dalam gambar itu ialah iPhone 13 yang dilancarkan pada September 2021. Jadi ramai yang menebak bahawa adalah gambar barunya.

ayana moon

Walau bagaimanapun, hal berkenaan hanyalah spekulasi ramai sahaja dan tidak pasti sama ada ia adalah benar ataupun tidak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...