Akhirnya Ryeo-wook Super Junior mempunyai akaun Instagram sendiri.
Pada 9 Oktober, Ryeo-wook telah berkongsi berita gembira dimana dia akhirnya membuka akaun Instagram miliknya sendiri.
Ryeo-wook telah mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter milikya yang mengatakan,
Nampaknya seperti saya memilikinya lambat 10 tahun berbanding dengan ahli yang lain… Awak semua telah menunggu dengan sangat lama, ELFs.
Untuk perkongsian pertamanya, ahli Super Junior itu telah menyapa peminat dengan selfie yang comel dan berkongsi gambarnya yang lain menerusi Instagram Story.
View this post on Instagram
Namun, sejurus selepas dia membuka akaun Instagramnya, peminat mendapati bahawa teman wanita Ryeo-wook iaitu Ari yang merupakan bekas ahli TAHITI merupakan antara orang terawal yang diikuti oleh Ryeo-wook selain daripada akaun media sosial ahli Super Junior yang lain.
Ryeowook following Ari. Yes! This is the fighting spirit that we need! 🔥 pic.twitter.com/M55h3QEdKj
— ഒkat 카트 (@teukiemeow) October 9, 2023
Rata-rata peminat juga memuji keberanian Ryeo-wook yang berani mengikuti teman wanitanya. Malah dia juga telah mengikuti bekas-bekas ahli Super Junior iaitu Kangin dan Sung-min.
Romantik kan Ryeo-wook? Semangat ini yang peminat semua mahukan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.