Ada tak penonton setia drama “Reborn Rich”?
Terbaru pada 1 Jun, media Korea telah melaporkan bahawa “Reborn Rich” akan kembali dengan siri prekuel, yang akan memfokuskan tentang masa silam Jin Yang-cheol (Lee Sung-min) dan dikatakan masih dalam peringkat perancangan kini.
Selain itu, pengarah dan penulis skrip untuk musim kedua kali ini juga mungkin akan diganti kerana timbulnya kontroversi dengan pengakhiran berbeza dari webtoon asal.
Sebagai respon, pihak JTBC mengeluarkan kenyataan,
Memandangkan ramai orang berminat dengan musim 2, kami sedang memikirkan pelbagai rancangan, tetapi tiada perbincangan khusus telah dijalankan.
Haa, korang nak tak musim kedua?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily