Mendapat sambutan hangat untuk bahagian pertama dan kedua, adakah siri Netflix “The Glory” akan ada sekuel?

Bagi siapa yang sudah menonton “The Glory” hingga episod 16, pastinya tahu bahawa dendam Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) telah selesai, di mana setiap pembulinya mendapat pembalasan yang sewajarnya.
Bagaimanapun, dendam watak Lee Do-hyun iaitu Joo Yeo-jeong sedikit tergantung di pengakhiran bahagian 2 drama berkenaan, di mana ia seolah-olah membiarkan penonton membayangkan bagaimana lelaki itu membalas dendam pada pembunuh ayahnya.
Untuk pengetahuan, dengan rancangan Moon Dong-eun, pembunuh ayah Joo Yeo-jeong iaitu Kang Yeong-cheon (Lee Moo-saeng) telah dipindahkan ke Penjara Jisan dan Joo Yeo-jeong juga mendapat pekerjaan sebagai pegawai perubatan di situ.
Dengan kesudahan yang tergantung ini, penonton ingin tahu sama ada Joo Yeo-jeong berjaya dengan rancangan balas dendamnya dan bagaimana dia melakukannya.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan sekuel untuk “The Glory”, pasukan produksi menjawab,
Belum ada rancangan konkrit.
Haa korang nak tak?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉