Ikuti Kami:

Filem Lakonan Lee Kwangsoo, ‘Sinkhole’ Tayang Di Pawagam Malaysia 28 Oktober Ini

Filem Lakonan Lee Kwangsoo, ‘Sinkhole’ Tayang Di Pawagam Malaysia 28 Oktober Ini

Disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di Malaysia bagi mencegah virus berbahaya, banyak aktiviti hiburan yang disekat untuk jangka masa yang lama.

Oleh itu, aktiviti menonton wayang yang menjadi kegemaran ramai juga terpaksa dikuburkan dek kawalan ini. Walaubagaimanapun, panggung wayang tempatan sudah pun dibuka sejak sebulan lalu lantas pelbagai filem daripada seluruh dunia yang tertangguh daripada ditayangkan sudah pun mula menemui penonton kini.

Antara yang paling dinantikan ialah “Sinkhole”, sebuah filem dari Korea yang diterajui oleh Cha Seung-won, Lee Kwang-soo, Kim Sun-kyun, Kim Hye-jun dan Nam Da-reum. Berita baik untuk semua kerana ianya bakal menemui penonton Malaysia pada 28 Oktober nanti, menurut ciapan daripada pihak GSC kelmarin.

Untuk pengetahuan, “Sinkhole” membawa kisah sebuah bangunan yang berdiri selama 11 tahun lamanya roboh ke dalam lubang sedalam 500 meter dan bagaimana penduduknya cuba meloloskan diri daripada bencana itu.

Jangan lupa serbu panggung wayang nanti, okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...