Sesuai dengan situasi dunia kini yang dibelenggu pandemik, filem “Sinkhole” nyata terus mendapat perhatian di Korea.
Menurut Suruhanjaya Filem Korea, filem bencana ini mengumpulkan kemasukan kumulatif sebanyak 2,002,190. Bukan sahaja meraih rekod terbaik pembukaan minggu pertama untuk tahun ini malah ia mencipta catatan baru dengan jumlah penonton selama dua hari berturut-turut.
Bagi menyampaikan penghargaan mereka, kesemua pelakon “Sinkhole” telah menangkap gambar dengan senyuman yang paling lebar sekali.Untuk pengetahuan, “Sinkhole” membawa kisah sebuah bangunan yang berdiri selama 11 tahun lamanya roboh ke dalam lubang sedalam 500 meter dan bagaimana penduduknya cuba meloloskan diri daripada bencana itu. Ianya diterajui oleh Cha Seung-won, Lee Kwang-soo, Kim Sung-gyun, Kim Hye-jun dan Nam Da-reum.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.