Ikuti Kami:

Filem ‘Hunt’ Lakonan Lee Jungjae & Jung Woosung Akan Tayang Buat Kali Pertama Di Festival Filem Cannes

Filem ‘Hunt’ Lakonan Lee Jungjae & Jung Woosung Akan Tayang Buat Kali Pertama Di Festival Filem Cannes

Merupakan salah seorang pelakon paling berjaya di Korea Selatan, Lee Jung-jae akan kembali dengan filem pertama arahannya “Hunt”.

Pada 18 Mei, “Hunt” telah mengumumkan tayangan perdananya di festival filem Cannes bersama poster pada bulan Mei ini.

Merupakan pelakon dan pengarah bagi filem tersebut, Lee Jung-jae menyatakan rasa terima kasihnya dengan berkata,

Terdapat banyak orang yang saya perlu berterima kasih. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelakon yang menunjukkan semangat mereka yang meluap-luap.

lee jungjae jung woosung

Jung Woo-sung turut berkongsi perasaannya,

Lee Jung-jae ialah kawan baik saya dan rakan sekerja yang rapat. Jadi saya sangat gembira dapat muncul di permaidani merah bersamanya.

Untuk pengetahuan, “Hunt” ialah filem aksi pengintip. Ianya mengisahkan Park Pyeong-ho (Lee Jung-jae) dan Kim Jeong-do (Jung Woo-sung), yang perlu berwaspada antara satu sama lain untuk mencari pengintip dalam organisasi.

Tonton video trailer untuk filem “Hunt” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...