Ikuti Kami:

FIFTY FIFTY Kumpulan Korea Terpantas Dalam Sejarah Masuk Carta Billboard Hot 100

FIFTY FIFTY Kumpulan Korea Terpantas Dalam Sejarah Masuk Carta Billboard Hot 100

Wow, lagu “Cupid” berjaya masuk carta Billboard Hot 100!

Terbaru, kumpulan rookie FIFTY FIFTY telah memasuki carta Billboard Hot 100 dengan lagu kemunculan semula mereka iaitu “Cupid” dalam masa empat bulan selepas penampilan sulung mereka dan menjadikan kumpulan ini lebih pantas berada dalam carta tersebut dari NewJeans.

Menurut Billboard pada 28 Mac, FIFTY FIFTY kali pertama memasuki carta Hot 100 dengan lagu “Cupid” dan berada di No.100 kini.

Untuk maklumat, FIFTY FIFTY merupakan kumpulan K-Pop yang keenam berjaya memasuki carta Billboard Hot 100, mengikuti Wonder Girls, BLACKPINK, BTS, TWICE dan NewJeans.

FIFITYFIFTY

Selain itu, kumpulan ini memulakan kerjaya mereka di bawah agensi yang agak kecil. Pencapaian mereka adalah luar biasa kerana dapat memasuki carta Billboard Hot 100.

Bukan itu sahaja, kumpulan FIFTY FIFTY juga berjaya mendapat tempat dalam carta “Billboard World Digital Song Sales”, “Billboard Global 200”, “Billboard Bubbling Under Hot 100” dan “Billboard Emerging Artist”.

Tahniah FIFTY FIFTY!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...