Ikuti Kami:

Fasih Berbahasa Mandarin & Inggeris, Peminat Kagum Kim Goeun Punyai Tahap Pelajaran Tinggi

Fasih Berbahasa Mandarin & Inggeris, Peminat Kagum Kim Goeun Punyai Tahap Pelajaran Tinggi

Pelakon Kim Go-eun ini bukan sahaja cantik tapi pandai juga ya!

Sebenarnya, ramai sahaja dalam kalangan artis yang mempunyai latar belakang yang berpendidikan. Kim Go-eun merupakan antara artis yang berpelajaran dari Universiti Seni Kebangsaan Korea dengan biasiswa penuh.

Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh beberapa rakan sekolejnya, Kim Go-eun sememangnya antara pelajar yang dikenali ramai dek kerana kecantikannya. Turut dikatakan bahawa, pengaruh bapanya adalah punca utama dia mempunyai minat yang mendalam dalam pembikinan filem.kim goeunSebelum memilih untuk menyertai bidang lakonan, Kim Go-eun sebenarnya lebih tertarik untuk menyertai kerja-kerja di belakang tabir sebagai penulis skrip.

Dek kerana itu juga, Kim Go-eun lebih cenderung untuk belajar dan menguasai pelbagai jenis bahasa seperti Mandarin dan Inggeris.

Beberapa tahun lalu, Kim Go-eun akhirnya menonjolkan keupayaannya berbahasa apabila dia mengacarakan pentas Asian Film Awards dan turut menggunakan bahasa Mandarin di pentas. Bukan itu sahaja, Kim Go-eun turut menggunakan kemahiran berbahasa Mandarin menerusi lakonannya dalam filem, “Chinatown”. kim goeunMenerusi debut lakonannya dalam filem “Eungyo”, dia terus menerus menonjolkan bakat lakonan dan berbahasanya sehingga beberapa drama dan filem lakonannya menjadi antara projek hit dalam industri.

Memang power la Kim Go-eun ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...