Ikuti Kami:

Ingin Balas Jasa Peminat, Kim Goeun Beri Sumbangan RM330 Ribu Bagi Golongan Memerlukan

Ingin Balas Jasa Peminat, Kim Goeun Beri Sumbangan RM330 Ribu Bagi Golongan Memerlukan

Sudah lah cantik, baik pula Kim Go-eun ni…

Baru-baru ini, pelakon siri Netflix, “Little Women”, Kim Go-eun, dikhabar memberi sumbangan berbentuk wang sempena ulang tahun ke-10 debutnya dalam dunia lakonan.

Menurut agensinya, BH Entertainment, Kim Go-eun memberi sumbangan sejumlah wang bernilai hampir 100 juta won (RM330,787) ke Hospital Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Seoul. kim goeunSumbangan itu juga diberikan di bawah nama “Kim Go Eun & Peminat Kim Go Eun”. Pelakon itu turut menyatakan hasratnya untuk berbuat demikian adalah demi untuk menghargai sokongan peminat dan menyambut ulang tahun ke-10 dalam dunia lakonan.

Agensinya turut memaklumkan bahawa Kim Go-eun memilih untuk memberi sumbangan setelah dia mendapati derma terkumpul di Hospital Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Seoul digunakan untuk merawat kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah. kim goeunKim Go-eun juga berkata,

Ketika saya bertemu dengan peminat setelah sekian lama, saya memandang mereka dengan lama. Saya sedar yang saya menerima banyak sokongan dan kasih sayang daripada mereka. Saya ingin memberi sumbangan di atas nama peminat untuk meluahkan rasa syukur saya walaupun ianya tak seberapa. Saya akan terus menjadi individu yang hidup dengan berkongsi rasa dan menjadi pelakon kebanggaan peminat. 

Wah… semoga kebaikan Kim Go-eun dibalas semula!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...