Ikuti Kami:

‘Extraordinary Attorney Woo’ Bakal Disambung Hingga Musim Ke-3?

‘Extraordinary Attorney Woo’ Bakal Disambung Hingga Musim Ke-3?

Dek kepopularitian yang tidak dijangka, sepertinya ramai yang mengharapkan “Extraordinary Attorney Woo” mempunyai sambungan.

Dalam sebuah temubual, pengarah Yoo In-sik menjawab persoalan mengenai musim kedua,

Masih ada separuh lagi kepada cerita ini. Bagi pendapat pihak yang menciptanya, musim kedua dan ketiga adalah sesuatu yang menggembirakan tapi dari aspek perniagaan, pelbagai persoalan jadual yang perlu disuaikan. Setakat ini, tiada perbincangan terperinci yang dilakukan. Apa yang saya boleh katakan, rasa cinta buat ‘dunia Woo Young-woo’ tetap tidak berubah.

ena extraordinary attorney woo

Dalam pada itu, pengarah itu dan penulis Moon Ji-won meminta penonton menantikan perkembangan hubungan Woo Young-woo dan Lee Jun-ho yang bakal menghadapi cabaran seperti hubungan cinta yang dibelenggu spektrum autisme.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

ena extraordinary attorney woo

Korang nak tak sambungan musim baru?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...