Ikuti Kami:

Diserbu Peminat, Kawasan Pokok ‘Hackberry’ Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’ Dipenuhi Sampah

Diserbu Peminat, Kawasan Pokok ‘Hackberry’ Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’ Dipenuhi Sampah

Walaupun dibanjiri dengan komen positif, namun “Extraordinary Attorney Woo” tanpa sengaja terpalit kritikan.

Dalam salah satu episod “Extraordinary Attorney Woo”, ada babak menggambarkan orang kampung cuba melindungi Sodeok-dong dan sebatang pokok ‘hackberry’ berusia 500 tahun turut muncul di dalamnya.

Disebabkan oleh kepopularitian drama tersebut, lokasi yang memaparkan pokok berkenaan telah menjadi tumpuan ramai kini. Bahkan kawasan Kampung Dongbu, Bukbu-ri, Daesan-myeon, Uichang-gu, Changwon-si itu sesak dek dikerumuni peminat.

ena extraordinary attorney woo

Walau bagaimanapun, penduduk yang tinggal di sekitar perkampungan itu sepertinya tidak mampu menahan perasaan dek kesesakan akibat sampah-sarap yang ditinggalkan bersepah. Kata penduduk,

Sila kutip sampah anda selepas selesai melihatnya. Orang tua dan penduduk kampung mengalami waktu yang sukar kerana perlu membersihkannya.

Daripada foto yang dimuat naik di laman komuniti, dapat dilihat banyak kereta diletakkan di tepi jalan sepanjang sawah padi di Kampung Dongbu. Malah laporan mengatakan kawasan itu dipenuhi ramai orang terutamanya pada hujung minggu.

ena extraordinary attorney woo

Mendengarkan berita ini, rata-rata netizen meluahkan kerisauan mengenai ketenteraman penduduk kampung yang terganggu kerana peminat yang membanjirinya untuk menonotn pokok ‘hackberry’.

Janganlah sampai buat sepah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...