Ikuti Kami:

EXO Genap 10 Tahun, Sehun Terharu Punyai Hubungan Akrab Bersama Ahli Lain

EXO Genap 10 Tahun, Sehun Terharu Punyai Hubungan Akrab Bersama Ahli Lain

EXO kini sudah cecah 10 tahun lamanya? EXO-L mesti sedar kan mengenai perkara ini, sama seperti Se-hun yang baru-baru ini berkongsi rasa mengenai kumpulannya.

Dalam satu sesi penggambaran bersama majalah ELLE Korea baru-baru ini, Se-hun tampil sebagai figura bagi muka hadapan majalah tersebut. Se-hun juga tidak terlepas daripada menyertai pihak produksi majalah untuk satu sesi temu bual.sehunMenerusi satu sesi temu bual tersebut, Se-hun berkongsi pengalaman sentimental kumpulan EXO dari awal debut pertama mereka pada 2012. Genap lah 10 tahun tempoh mereka bersama dan melihat kepada perjalanan karier mereka sehingga kini, Se-hun berkata,

Saya sebenarnya ingin memberi setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan tahniah buat kumpulan EXO, kerana saya rasa, kami sudah menjalankan tanggungjawab kami dengan baik sehingga kini. Akan ada lebih banyak yang menanti kami, jadi saya harap kami semua akan terus kekal kuat bersemangat.

Se-hun juga turut melihat kembali kepada hubungan akrab mereka sebagai sahabat dan bagaimana hubungan itu berjaya dibentuk dengan usaha masing-masing sehingga menjadikan ianya satu hubungan yang istimewa. sehun

Hubungan ini terwujud dan ianya istimewa kerana kami akan rasa selesa seperti keluarga, dan kami juga tidak akan meragui antara satu sama lain. Ianya juga adalah satu hubungan di mana kami boleh berkongsi keadaan kami tak kira ketika gembira atau sedih. Saya tak rasa hubungan seperti ini dapat dibentuk dengan mudah tanpa usaha dari diri sendiri. 

Yelah, dah 10 tahun bersama kan… susah senang bersama gitu…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...