Ikuti Kami:

‘Eve’ Untuk Tontonan 19+, Seo Yeji Diduga Pilih Drama Provokatif Bagi Atasi Kontroversi?

‘Eve’ Untuk Tontonan 19+, Seo Yeji Diduga Pilih Drama Provokatif Bagi Atasi Kontroversi?

Nampaknya Seo Ye-ji melakukan comeback dengan hebat selepas terpalit kontroversi mengawal bekas kekasih, Kim Jung-hyun hampir setahun yang lalu.

Untuk pengetahuan, “Eve” membawa kisah mengenai penceraian chaebol (pewaris kaya) bernilai 2 trilion won yang mengejutkan seluruh negara. Tanpa pengetahuan semua, kes saman berisiko tinggi untuk merupakan pelan pembalasan dendam yang sudah dirancang selama 13 tahun lamanya.

Sesiapa yang menonton episod awal drama ini pastinya tahu bahawa Lee Ra-el, iaitu watak yang dilakonkan Seo Ye-ji merupakan seorang wanita yang berani bagi mencapai hajatnya. Malah babak provokatif seperti tarian Tango bersama lelaki asing selain adegan intim antaranya dan suami Jang Jin-wook (Lee Ha-yool) yang diperhatikan oleh Kang Yoon-gyeom (Park Byung-eun) dan hubungan asmara antara lelaki itu dan isterinya, Han So-ra (Yoo Sun) membuktikan bahawa drama itu hanya sesuai untuk tontonan dewasa.

tvn eve

Melihatkan pemilihan watak ini, ramai yang menebak bahawa Seo Ye-ji mahu membuang cerita mengenai kontroversi lalunya menerusi lakonan yang hebat dengan watak yang mengghairahkan.

Rata-rata penonton bagaimanapun masih mengungkit mengenai kelambatan pelakon itu memohon maaf atas tingkah lakunya ketika bersama Kim Jung-hyun selain dikatakan tidak serius bermuhasabah diri sebelum kembali ke dunia lakonan.

Apa pun, watak Lee Ra-el turut dikatakan sebagai pemilihan baik oleh Seo Ye-ji memandangkan pandangan matanya dan suranya yang dalam membuatkan karakter itu lebih menarik tambahan pula untuk genre pembalasan dendam.

tvn eve

Dalam pada itu, pihak “Eve” sekali lagi mengumumkan bahawa episod ke-4 drama itu yang bakal ditayangkan 9 Jun nanti bakal mempunyai had penonton untuk 19 tahun dan ke atas sahaja. Sebelum ini, episod pertama dan keduanya turut meletakkan had umur sedemikian kerana pelbagai babak ranjang yang dipaparkan antara watak utama.

Walaupun dipenuhi dengan pelbagi isu sejak sebelum tayangannya, “Eve” berjaya meraih rating yang baik untuk tayangan awalnya iaitu 3.6% dan 3.7%.

Apa kata anda mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...