Ikuti Kami:

‘Eve’ Lakonan Seo Yeji & Lee Sangyeob Sah Bakal Temui Penonton Mei Ini

‘Eve’ Lakonan Seo Yeji & Lee Sangyeob Sah Bakal Temui Penonton Mei Ini

Merupakan drama pertama Seo Ye-ji selepas terpalit kontroversi pada setahun lalu, pasti ramai yang menantikan kepulangan pelakon berbakat itu.

Pada 13 April, “Eve” yang dibintangi oleh Seo Ye-ji, Lee Sang-yeob, Park Byung-eun dan Yoo Sun, telah mengesahkan tarikh tayangannya.

Bagi yang belum tahu, “Eve” ialah drama romantik thriller mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam dek kematian bapanya dan menceritakan saman penceraian golongan konglomerat yang bernilai 2 trilion won.

Seo Ye-ji bakal membawa watak Lee Ra-el di mana dia merupakan seorang pewaris kaya dan merupakan seorang ‘bunga berbahaya’. Bahkan dia merupakan tumpuan utama dalam saman terbesar di Korea itu. Manakala Lee Sang-yeob bertanggungjawab menghidupkan watak Seo Eun-pyeong iaitu ahli termuda di Perhimpunan Kebangsaan.

Selain itu, Park Byung-eun akan berlakon sebagai CEO Kang Yoon-gyeom yang jatuh cinta apabila melihat Lee Ra-el, manakala Yoo Sun akan melakonkan watak sebagai Han So-ra, isteri kepada CEO itu dan merupakan anak tunggal seorang ahli politik berpengaruh.

tvn eve

Paling dinantikan, “Eve” bakal menemui penonton pada 25 Mei ini selepas tamatnya “Murderer’s Shopping List”.

Teruja untuk saksikan lakonan Seo Ye-ji kembali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...