Ikuti Kami:

Terpalit Kontroversi, Pihak Produksi Kongsi Sebab Pilih Seo Yeji Terajui ‘Eve’

Terpalit Kontroversi, Pihak Produksi Kongsi Sebab Pilih Seo Yeji Terajui ‘Eve’

Tak sabar rasanya nak saksikan Seo Ye-ji kembali beraksi di hadapan kaca TV tak lama lagi!

“Eve” membawa kisah romantik thriller mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam dek kematian bapanya dan menceritakan saman penceraian golongan konglomerat yang bernilai 2 trilion won.

Seo Ye-ji bakal membawa watak Lee Ra-el di mana dia merupakan seorang pewaris kaya dan merupakan seorang ‘bunga berbahaya’. Bahkan dia merupakan tumpuan utama dalam saman terbesar di Korea itu.

tvn eve

Kongsi pihak produksi sebab mereka memilih Seo Ye-ji untuk menghidupkan watak Lee Ra-el,

Kami fikir kemahiran lakonan yang padat dan pemahaman watak adalah penting kerana ‘Eve’ mengandungi proses Lee Ra-el bersedia untuk membalas dendam dengan berhati-hati. Seo Ye-ji merupakan pelakon dengan imej yang kuat dan tenaga untuk mendalami dan menghidupkan Lee Ra-el. Daripada perjumpaan pertama, dia menganalisis skrip lebih dalam berbanding yang lain. Pemahaman yang tinggi mengenai watak dan kasih sayang terhadap projek adalah sebab utama dia dipilih.

Tak sabar betul nak saksikan “Eve” di tvN nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...