Ikuti Kami:

Eunhyuk, Donghae & Kyuhyun Super Junior Tinggalkan SM Entertainment

Eunhyuk, Donghae & Kyuhyun Super Junior Tinggalkan SM Entertainment

Sudah pun berbelas tahun bersama, sudah pasti akan ada idola yang cuba melangkah ke dunia baru bersama pengurusan berbeza.

Terbaru, kumpulan idola veteran iaitu Super Junior mengumumkan bahawa mereka akan menyambung kontrak bersama SM Entertainment. Pun begitu, tiga ahlinya iaitu Donghae, Eunhyuk dan Kyuhyun memutuskan untuk menjalani aktiviti individu mereka di bawa pengurusan lain namun dalam masa yang sama mengekalkan hubungan bersama agensi itu bagi tujuan promosi kumpulan Super Junior.

donghae eunhyuk kyuhyun

Dalam pada itu, media melaporkan bahawa Donghae & Eunhyuk akan membuka label persendirian manakala Kyuhyun pula sedang dalam perbincangan untuk menyertai Antenna Music.

Debut pada 2005, kumpulan legenda itu akan menyambut ulang tahun ke-18 mereka pada penghujung tahun ini.

Sama-sama kita nantikan apa yang akan dipersembahkan mereka buat peminat, ELF!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...