Ikuti Kami:

Ditaja Lembaga Pelancongan Arab Saudi, 6 Ahli SUPER JUNIOR Sertai Program ‘The Knight Of The Lamp’

Ditaja Lembaga Pelancongan Arab Saudi, 6 Ahli SUPER JUNIOR Sertai Program ‘The Knight Of The Lamp’

Akhirnya, enam ahli kumpulan SUPER JUNIOR akan bergabung dalam satu rancangan hiburan la!

Terbaru, SUPER JUNIOR diumumkan akan menyertai satu program hiburan melancong berjudul “The Knight Of The Lamp”, bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Arab Saudi.

Untuk pengetahuan korang, program “The Knight Of The Lamp” merupakan rancangan travelog yang mengikuti Lee-teuk, Shin-dong, Eun-hyuk, Dong-hae, Ryeo-wook dan Kyu-hyun mencari lampu ajaib di Arab Saudi untuk memenuhi impian dan keinginan mereka.

super junior

Terdahulu pada 2019, SUPER JUNIOR telah membuktikan kepopularitian mereka dengan menjadi penyanyi Asia pertama yang mengadakan konsert solo di Arab Saudi.

Jadi, dengan meletakkan mereka sebagai peneraju utama dalam program hiburan tersebut, pihak produksi berharap ianya akan mendapat minat yang tinggi seperti yang dijangkakan.

Nantikan butiran untuk “The Knight Of The Lamp” yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Macam menarik je program ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...