Ikuti Kami:

Episod Pertama ‘Taxi Driver 2’ Capai Rating Lebih 12%

Episod Pertama ‘Taxi Driver 2’ Capai Rating Lebih 12%

Akhirnya! musim kedua “Taxi Driver” telah pun menemui penonton kelmarin!

“Taxi Driver” membawa kisah organisasi ‘Rainbow Taxi’ yang berselindung sebagai pemandu teksi yang membantu membalas dendam buat mangsa yang teraniaya.

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini memaparkan bagaimana Kim Do-ki telah ke Vietnam bagi menyelamatkan sendiri Dong-jae yang dipaksa melakukan kerja haram dan menjadi buruh paksa di negara itu. Walau bagaimanapun, usaha itu ternyata tidak mudah apabila lelaki sasa itu ditangkap dan dibelasah oleh ketua sindiket berkenaan.

sbs taxi driver 2

Dengan pelbagai aksi yang mengujakan, episod pertama “Taxi Driver 2” nyata membuatkan penonton tak senang duduk dek jangkaan yang tinggi sejak episod akhir musim pertamanya.

Bahkan drama itu terbukti popular apabila berjaya mencatatkan rating sebanyak 12.1% untuk episod perdana ini. Melihatkan catatan hebat ini, tidak mustahil siri adaptasi webtoon ini bakal mengalahkan rekod rating tertinggi musim pertama iaitu 16%.

Mantap!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...