Ikuti Kami:

“Minum Air Pada Dada..” – Lee Jehoon Tak Selesa, DJ Radio Wanita Dikecam Dek Komen Seksual

“Minum Air Pada Dada..” – Lee Jehoon Tak Selesa, DJ Radio Wanita Dikecam Dek Komen Seksual

Tak salah bergurau tapi kenalah ada caranya kan? Tambahan pula, sekiranya ia dilakukan pada orang yang tak rapat dengan kita.

Baru-baru ini, Lee Je-hoon dan Pyo Ye-jin telah menjadi tetamu di rancangan radio SBS PowerFM ‘Cultwo Show’ untuk mempromosikan tayangan perdana “Taxi Driver 2”.

Semasa melihat salah satu foto untuk drama itu di mana Kim Do-ki membuka bajunya dan menayangkan otot badan, soal kedua-dua penyampai radio yang juga pelawak Kim Tae-kyun dan Lee Kyung-sil,

Adakah ini imej awak kali ini? Bagaimana awak membina badan ini?

lee jehoon taxi driver 2

Jawab Lee Je-hoon,

Ia adalah salah satu babak untuk drama ini. Babak di mana Kim Do-ki memasuki penjara untuk menangkap penjenayah. Saya bersenam seperti orang gila untuknya.

Komen Lee Kyung-sil,

Nampak tak garisan dalam pada tulang dadanya? Kalau minum air titisan dari dada dan tulang selangka itu, ianya akan menjadi air penulen Lee Je-hoon.

lee jehoon taxi driver 2

Respon netizen selepas mendengar komen berbaur seksual pelawak wanita itu,

Bukankah ini lawak yang hanya boleh dibuat secara privasi?

 

Kalau kita mengubah situasi di mana lelaki yang mengatakannya kepada wanita, adakah dia akan dikritik?

 

Saya faham mengapa ramai yang memberikan komen negatif.

 

Susah hidup dalam dunia ini.

Malah penonton kian gusar melihatkan ekspresi Lee Je-hoon dan Pyo Ye-jin selepas mendengar komen itu,

Mereka nampak tak selesa.

Kenalah berpada apabila berkata kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...