Rasanya ramai yang mengetahui bahawa tayangan perdana “School 2021” terpaksa ditunda selepas pelakon utamanya, Kim Yo-han disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
BACA: Kim Yohan Positif COVID-19, Tayangan Episod Perdana ‘School 2021’ Ditunda
Bagi mengisi kekosongan slot berkenaan, KBS mengumumkan bahawa saluran itu akan menayangkan episod istimewa buat peminat “Dali And Cocky Prince”.
Selepas menamatkan tayangan pada minggu lalu, ramai yang menyatakan kerinduan buat naskhah berkenaan selain teringin melihat lagi ‘kegatalan’ Jin Mu-hak (Kim Min-jae) dan Kim Da-li (Park Gyu-young) yang langsung tak boleh berenggang.
Bukan sahaja penonton akan disajikan dengan kisah cinta mereka dengan rakaman video, malah tayangan itu turut akan membawa cerita mengenai watak lain seperti Jang Tae-jin (Kwon Yul), Joo Won-tak (Hwang Hee), Ahn Chak-hee (Yeon-woo), Yeo Mi-ri (Hwang Bo-ra).
Malah tayangan istimewa ini akan membawa kesemua pelakon ini dalam satu tempat bagi mendengar cerita di sebalik tabir mengenai “Dali And Cocky Prince”. Katanya, ada rahsia mengenai drama ini yang langsung tak pernah diceritakan turut akan dibongkarkan nanti.
Jadi jangan lupa untuk tonton episod istimewa ini pada 17 November nanti okay?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.