Ikuti Kami:

Kim Yohan Positif COVID-19, Tayangan Episod Perdana ‘School 2021’ Ditunda

Kim Yohan Positif COVID-19, Tayangan Episod Perdana ‘School 2021’ Ditunda

Malang tak berbau apabila anggota WEi iaitu Kim Yo-han disahkan positif COVID-19.

Menurut agensinya, idola itu menjalani ujian PCR selepas mempunyai kontak dengan salah seorang pelakon ekstra yang disahkan positif COVID-19. Dia kemudiannya menerima keputusan positif dan disahkan sebagai pembawa tidak bergejala pada hari ini.

Bahkan kesemua ahli WEi dan staf yang menjadi kontak rapat sudah pun menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan mereka. Buat masa ini, kesemua jadual melibatkan kumpulan itu telah ditunda dan sedang disusun semula bagi memberikan ruang untuk tempoh kuarantin.

kim yohan

Dalam pada itu, pihak produksi “School 2021” juga telah meriliskan kenyataan di mana mereka membuat keputusan untuk menunda tayangan perdana drama itu selama seminggu.

Mereka juga berjanji akan mengikuti prosedur dan langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengawal situasi di set penggambaran selepas ini.

Untuk pengetahuan, tarikh baru tayangan “School 2021” ialah 24 November nanti.

Semoga Kim Yo-han cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...