Pada bulan Jun ini, memang ada banyak K-Drama menarik sedang ditayangkan.
Selain “King the Land” dan “See You in My 19th Life”, “Numbers” yang diterajui Kim Myung-soo, Choi Jin-hyuk dan Yeon-woo juga telah memulakan tayangannya pada minggu lalu.
Bagi yang belum tahu, “Numbers” mengisahkan mengenai Jang Ho-woo (Kim Myung-soo), seorang graduan sekolah daripada jurusan perakaunan yang menyertai ‘Taeil Accounting Firm’. Dia kemudiannya menghadapi perkara tidak masuk akal di situ dan ingin terus memperjuangkan keadilan.
Untuk pengetahuan, drama tersebut telah mencatatkan rating 4.4% pada episod pertama dan 4% pada episod kedua.
Bagaimanapun, “Numbers” nampaknya tidak mampu untuk bersaing dengan drama lain yang sedang ditayangkan pada waktu yang sama dan juga tidak termasuk dalam senarai Top 10 Drama Popular di stesen penyiaran awam.
Tambahan, drama itu telah menyaksikan pengurangan jumlah penonton pada minggu pertama disiarkan, merupakan sesuatu yang jarang berlaku.
Hmm korang layan tak drama ni?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉