Rasanya baru sahaja semalam menonton, tiba-tiba “Tale Of The Nine Tailed 1938” sudah pun menamatkan siaran semalam.
[Amaran SPOILER]
Selepas tercampak ke tahun 1938 tanpa sengaja, Lee Yeon (Lee Dong-wook) melakukan apa sahaja bagi melangsaikan hutan pada masa lalu. Dengan keikhlasan hati yang tiada pada dirinya ketika itu, lelaki itu mencuba sebaik mungkin untuk menjalinkan persahabatan yang dianggap sebagai mustahil suatu masa lalu.
Bahkan dia berbaik semula dengan Lee Rang (Kim Bum) dan meninggalkan adiknya itu di tahun 1938 sebelum kembali ke sisi kekasih hidup matinya iaitu Nam Ji-ah (Jo Bo-ah) pada masa kini.
#TaleOfTheNineTailed1938 Season 3 set in Joseon era! See you again soon, our gumihospic.twitter.com/hahcNM5pTm
— kath (@kdramatreats) June 11, 2023
Mungkin disebabkan plot yang lebih menarik dan mengujakan, episod akhir drama itu meraih rating sebanyak 8.0% dan menduduki tangga pertama dalam slot tayangan berkenaan bagi seluruh saluran. Bukan itu sahaja, angka ini merupakan catatan terbaik dicatatkan oleh “Tale Of The Nine Tailed” bagi kedua-dua musimnya.
Dalam pada itu, drama ini sepertinya memberikan klu bagi plot musim ketiga di mana Lee Yeon bakal kembali ke era Joseon.
Korang puas hati tak tengok episod akhir?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily