Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Tertinggi, Pengarah Ulas Kemungkinan Musim Kedua ‘One Dollar Lawyer’

Episod Akhir Raih Rating Tertinggi, Pengarah Ulas Kemungkinan Musim Kedua ‘One Dollar Lawyer’

Akhirnya, “One Dollar Lawyer” sudah pun menamatkan siaran kelmarin di SBS.

Sinopsis

“One Dollar Lawyer” membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal.

Keadilan dicapai

[Amaran SPOILER]

Cheon Ji-hoon (Namgoong Min) mengakui depan wartawan yang dia akan memusnahkan penyelewengan yang kisan parah dan bersusah payah memberkas penjahat sehingga sanggup mempertaruhkan nyawanya.

Disebabkan oleh kesungguhan lelaki itu, siasatan khas pendakwa raya selama 100 hari menentang Kumpulan JK akhirnya berakhir dengan jayanya.

sbs one dollar lawyer

Rating tinggi

Sejak daripada awal lagi, drama lakonan Namgoong Min ini sudah pun menjadi ikutan ramai. Malah ianya menicpta rekod rating baru pada saban episod sekaligus membuktikan kepopularitiannya,

Menurut Nielsen Korea, episod akhir “One Dollar Lawyer” meraih rating sebanyak 15.2% dan menjadi rekod terbaik yang pernah dicatatnya sepanjang tayangan.

Musim kedua

Hanya menayangkan 12 episod, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal kerana “One Dollar Lawyer” sepertinya disabotaj stesen penyiaran SBS. Malah plotnya sedikit compang-camping bagi memenuhi jangka masa yang pendek itu.

sbs one dollar lawyer

Apabila ditanya mengenai musim kedua, jawab pengarah drama berkenaan,

Kalau peluang dan persekitaran membenarkan. Dan kalau penonton mahukannya, saya ingin menghasilkannya satu hari nanti.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...