Ikuti Kami:

Ending Terbuka, Pengarah Kongsi Kemungkinan Penghasilan Musim Kedua ‘Remarriage & Desires’

Ending Terbuka, Pengarah Kongsi Kemungkinan Penghasilan Musim Kedua ‘Remarriage & Desires’

Siapa yang menonton ending “Remarriage & Desires” pastinya tertanya-tanya sama ada akan ada musim kedua kan?

Drama mengenai agensi perkahwinan untuk golongan terkaya Korea ini diakhiri dengan Seo Hye-seung (Kim Hee-sun) berkahwin dengan Lee Hyung-joo (Lee Hyun-woo) selepas mereka berjaya mengharungi onak berduri dek kematian bekas suaminya yang dirancang oleh si jahat Jin Yoo-hee (Jung Eugene).

Walau bagaimanapun, penonton ternanti-nanti sama ada akan ada sambungan lagi memandangkan ianya ditutup dengan kedatangan Park Ji-hoon sebagai klien dan meminta Choi Yu-seon (Cha Ji-hyun) supaya kembali meneruskan legasi ‘REX’.

netflix remarriage & desires

Kongsi pengarah Kim Jung-min mengenai kemungkinan sambungan siri Netflix ini,

Ia bukanlah ending dengan harapan ada musim kedua. Saya mahu paparkan kesudahan terbuka. Disebabkan ini ialah siri untuk menampilkan kemahuan manusia, saya mahu menunjukkan bahawa keinginan itu sukar dipuaskan dan keinginan itu tiada pilihan selain bermula semula. Walaupun saya tak memikirkan atau mengharapkan musim kedua, namun saya mengajak Park Ji-hoon sebagai pelakon jemputan kerana ingin memaparkan keinginan manusia menerusi anak muda.

netflix remarriage & desires

Dalam pada itu, Cha Ji-hyun ada meluahkan keinginan supaya musim kedua “Remarriage & Desires” bakal dihasilkan nanti,

Ia adalah keinginan saya untuk melihat musim kedua drama ini dan saya mahu menjangkakannya.

Korang nak tak musim kedua “Remarriage & Desires”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...