Ikuti Kami:

“Dah 16 Tahun Kahwin, Saya Mengerti Sebab Orang Curang” – Kim Heesun Ulas ‘Remarriage & Desires’

“Dah 16 Tahun Kahwin, Saya Mengerti Sebab Orang Curang” – Kim Heesun Ulas ‘Remarriage & Desires’

Siapa yang sudah habis menonton “Remarriage & Desires” di Netflix?

Terbaru, Kim Hee-sun telah menyertai sebuah temubual bagi mencerita pelbagai kisah mengenai siri 8 episod itu.

Membawa kisah si suami yang curang, Kim Hee-sun turut memberikan pendapat sebagai seorang isteri yang sudah sekian lama berkahwin,

Saya sudah 16 tahun tinggal bersama suami dan mempunyai seorang anak perempuan bersekolah menengah rendah. Situasi ini sama (dengan watak yang dimainkan saya). Ia tidak sepatutnya dan ianya akan menyakitkan hati saya namun saya faham (psikologi pencurang). Saya merasakan bahawa ia ialah situasi yang boleh terjadi.

netflix remarriage & desires

Malah Kim Hee-sun mengakui bahawa dia ada mengenali beberapa individu yang pernah mencurangi pasangan mereka.

Wanita itu turut menjawab sebab dia memilih untuk membintangi drama ini.

Semasa pemilihan pelakon untuk siri ini, ianya sebelum ‘Squid Game’ mengecapi tuah. Saya juga mahu mencuba naskhah OTT. Saya tertarik dengan kandungan segar dan budaya yang hanya boleh dilihat pada Netflix Korea.

kim heesun

Untuk pengetahuan, “Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.

Apa pendapat korang dengan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...