Bukan biasa-biasa impak yang ditinggalkan drama “Agency” selepas 16 episod bersiaran di JTBC.
Menurut Nielsen Korea, drama ini berjaya melabuhkan tirainya dengan catatan rating tertinggi iaitu 16%. Malah ia merupakan rekod ke-5 terbaik di saluran kabel berkenaan dan hanya di belakang “The World Of The Married”, “Reborn Rich”, “SKY Castle” dan “Itaewon Class”.
Dalam episod terakhir ini, Go Ah-in melangkaui jangkaan semua apabila meninggalkan jawatan hebatnya bagi membuka agensi mandiri bersama ‘lima organ dan 6 jabatan’ miliknya. Malah setiausaha Jung terus setia di samping wanita tersebt sehingga kini tanpa sebarang aduan dan kesemua mereka diberikan kelayakan sebagai ‘pemegang saham’.
Ianya merupakan kesudahan yang sempurna apabila Go Ah-in membuktikan bahawa dia tidak akan kalah dengan sesiapa dan memastikan bahawa dia melepasi semua had yang menjadi rintangan untuk mencapai kejayaan.
Untuk pengetahuan, “Agency” membawa kisah kehidupan seorang wanita yang menjadi eksekutif wanita pertama dalam kumpulannya di sebuah syarikat pengiklanan.
Okay tak ending korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉