Ha! Siapa dekat sini yang dah tengok filem “Decibel”?
Kalau korang tengok di semua platform media sosial sekarang, rata-rata dalam kalangan peminat filem Korea di Malaysia, memberi pandangan masing-masing mengenai kualiti keseluruhan filem “Decibel”.
Bagi yang belum tahu atau yang belum tengok, filem “Decibel” ini merupakan sebuah filem aksi yang mengisahkan mengenai pereka bom, (Lee Jong-suk) yang cuba menjejaki bom dalam pusat bandar yang akan meletup jika ada sebarang bunyi kuat berlaku. Dalam pada itu, bekas timbalan komander Tentera Laut, (Kim Rae-won) menjadi sasaran untuk keganasan yang berlaku.
https://twitter.com/LJSmyboo/status/1603004351156322304
Sejak ianya mula bersiaran, dah ramai peminat filem Korea yang tengok malah turut meninggalkan komen atau pandangan peribadi mereka sendiri mengenai kualiti lakonan, plot twist, jalan cerita dan macam-macam lagi.
https://www.tiktok.com/@akudanputeh/video/7173329261321932059?is_from_webapp=v1&item_id=7173329261321932059
https://www.tiktok.com/@nhibiraleex67_/video/7175535449547509018?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
https://www.tiktok.com/@syuhada3535/video/7173164994022952218?_r=1&_t=8YFMQRVctof&is_from_webapp=v1&item_id=7173164994022952218
Bagi peminat filem Korea yang dah menonton “Decibel”, rata-rata dalam kalangan mereka memberikan rating yang agak tinggi. Malah mereka turut berkata, ending bagi filem ini sememangnya di luar jangkaan kerana ada di antara mereka yang menangis!
https://twitter.com/realgras2/status/1603831543214256128
Maknanya jalan cerita dan plot twist “Decibel” memang best lah! Ini juga adalah antara komen yang diberikan oleh penonton filem “Decibel”.
“Gabungan Lee Jong-suk dengan Cha Eun-woo memang best!”
“Masa Cha Eun-woo menangis tu, aku pun ikut nangis sekali!”
“Cha Eun-woo berlakon guna mata je… sampai sedih tu..”
“Kim Rae-won memang power lah!”
https://twitter.com/LJSmyboo/status/1602983813625565184
Korang dah tengok ke belum filem “Decibel”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.