Ikuti Kami:

“Saya Lebih Puas Hati” – Kim Raewon Pilih Mahu Lakonkan Aksi ‘Stunt’ Sendiri Dalam ‘Decibel’

“Saya Lebih Puas Hati” – Kim Raewon Pilih Mahu Lakonkan Aksi ‘Stunt’ Sendiri Dalam ‘Decibel’

Korang dah sedia ke nak tengok filem “Decibel” nanti?

Terbaru, satu sesi sidang media bagi filem “Decibel” diadakan di CGV Yongsan I-Park Mall di Hangangro-dong, Seoul pada 7 November lalu. Turut hadir bersama adalah pengarah Hwang In-ho, pelakon Kim Rae-won, Lee Jong-suk, Jun Sang-hoon, Parl Byung-eun, Lee Sang-hee, Goo Sung-hwan dan Cha Eun-woo.raewonBuat yang belum tahu, “Decibel” merupakan filem aksi yang mengisahkan mengenai pereka bom, (Lee Jong-suk) yang cuba menjejaki bom dalam pusat bandar yang akan meletup jika ada sebarang bunyi kuat berlaku. Dalam pada itu, bekas timbalan komander Tentera Laut, (Kim Rae-won) menjadi sasaran untuk keganasan yang berlaku.

Dalam sidang media tersebut, Kim Rae-won sempat berkongsi,

Apabila saya membaca skrip itu buat pertama kali, saya sedar akan ada beberapa babak berbahaya. Saya terus berbincang dengan pengarah mengenai babak kemalangan ringan yang ingin dilakukan dengan CG. 

Dia juga menambah,

Selepas hadir ke set penggambaran, saya berbincang lagi bersama pengarah. Saya beritahu dia bahawa saya mahu membuat aksi ‘stunt’ sendiri supaya ia akan tampak lebih ‘real’. Saya sebenarnya lebih berpuas hati dengan babak yang saya lakonkan tanpa ‘stuntman’ ataupun CG.

Nantikan “Decibel” pada 16 November ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...