Utama Drama Korea Ending Penuh Persoalan, Penulis Tiada Perancangan Hasilkan Musim Kedua ‘Moving’?

Ending Penuh Persoalan, Penulis Tiada Perancangan Hasilkan Musim Kedua ‘Moving’?

moving

Merupakan antara drama terbaik tahun ini, sudah semestinya ramai menantikan sambungan “Moving”.

Menerusi temubual eksklusif bersama media, penulis Kang Full bercerita lebih mengenai drama berkenaan selain mengulas permintaan musim kedua penonton,

Tiada apa yang disahkan lagi. Terdapat banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum produksi ini, kesemuanya perlu berjalan lancar.

jo insung

Tambahnya,

Kalau musim akan datang dihasilkan, ianya adalah mudah sahaja namun jika tidak, ianya akan menjadi ending terbuka. Saya tak suka mereka ending terbuka tanpa tanggungjawab. Saya masih ada ruang untuk membangunkan plot tambahan.

Bagi yang tidak mengetahui, “Moving” membawa kisah sekumpulan individu dengan kuasa istimewa yang perlu melindungi anak-anak mereka apabila ejen khas cuba menangkap mereka.

Alaaa nak musim baru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Seoul
Loading...