Ikuti Kami:

Cipta Sejarah! ‘Moving’ Jadi K-Drama Paling Banyak Tontonan Di Disney+

Cipta Sejarah! ‘Moving’ Jadi K-Drama Paling Banyak Tontonan Di Disney+

Sepertinya drama “Moving” mencipta fenomena kini dalam dunia laman penstriman di sekitar Asia Tenggara!

Baru sahaja dilancarkan 9 Ogos lalu, siri hit tersebut menjadi drama yang paling banyak ditonton di Disney+ termasuklah Korea, Jepun, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan berdasarkan jam tontonan dan merupakan tayangan perdana terbesar di laman penstriman itu setakat ini.

Luah Naib Presiden Eksekutif Strategi Kandungan Asal,

Respon pengguna global terhadap 11 episod awal ‘Moving’ melepasi jangkaan kami. Dari U.S ke seluruh APAC, ia menjadi popular dengan cepat kerana plot yang mengagumkan, pelakon bertaraf dunia dan kesan pos-produksi, kesemuanya bersama bagi menyampaikan penceritaan hebat.

moving

Dibintangi nama hebat dalam industri seperti Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Jo In-sung, siri ini membawa kisah sekumpulan pengintip Korea Selatan yang cuba melindungi anak mereka dengan kuasa luar biasa daripada digunakan dan dinodai agensi kerajaan berniat buruk.

Bagi yang belum menonton, jangan lupa strim “Moving” di Disney+ kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...