Ikuti Kami:

Bukan Hanya Plot & Pelakon, Suntingan VFX & CGI ‘Moving’ Bak Filem Blokbuster Dipuji

Bukan Hanya Plot & Pelakon, Suntingan VFX & CGI ‘Moving’ Bak Filem Blokbuster Dipuji

Kehebatan drama “Moving” bukan sahaja terletak pada plot dan lakonan sahaja, namun ianya juga kerana kerja keras yang dicurahkan pakar VFX bagi menyampikan kuasa luar biasa di dalam siri itu lebih nyata.

Kalau korang nak tahu, 60 studio berbeza telah bekerjasama bagi memastikan kuasa adiwira yang ditampilkan sesuai dengan visual dimahukan semua. Jelas salah seorang dari pakar VFX, Lee Sung-gyu,

Blockbuster tipikal biasanya memerlukan 2,000 VFX syot ataupun kurang daripada itu. Tapi kami bekerja dengan 7,000 syot lantas menjadikan siri ini seperti menghasilkan 4 filem blockbuster.

moving

Jelasnya lagi,

Berkenaan babak terbang, cara konvensional di mana mengharapkan pasukan aksi atau VFZ akan ada limitasinya namun penggunaan karakter digital penuh yang biasa digunakan di Hollywood akan melahirkan imej yang pelik dan ia akan menonjol. Akhirnya, kami menggunakan keseimbangan antara rakaman aksi langsung dan CGI bagi memaparkan Bong-seok terbang. Manakala Bong-seok menggunakan kuasanya dan terbang merupakan hasil dari rakaman aksi langsung yang disunting ketika fasa pos-produksi.

Lee Sung-gyu juga mengakui bahawa kesemua studio terbaik di Korea itu akur dengan permintaan pengarah di mana dia mahukan mereka menggunakan VFX untuk mencipta sesuatu yang tak pernah dicuba sebelum ini dalam latar belakang harian,

Itu membuatkan kami menjalani eksperiman dengan pelbagai alat dan teknologi baru selain teknik baru untuk CGI dan VFX.

moving

Kongsi Lee Sung-hyu sebagai kata-kata terakhirnya buat penonton “Moving”,

Ianya siri mengenai watak yang memiliki kuasa luar biasa di mana mereka seperti rakan dan ahli keluarga sendiri. Ia menggabungkan kemanusiaan dan sekuen aksi yang mengagumkan.

Untuk merasai kemahiran VFX di luar jangkaan ini, jangan lupa menonton “Moving” di Disney+ Hotstar sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...