16 episod membawa perasaan penonton turun naik bak ‘roller coaster’, akhirnya “Eve” melabuhkan tirainya malam tadi.
Sinopsis
“Eve” membawa kisah seorang pewaris kaya yang sanggup melakukan apa sahaja demi membalas dendam atas kematian ayahnya.
Bahagia tak semestinya bersama
[Amaran SPOILER]
Sepertinya “Eve” dicipta dengan tema kisah cinta tragis sebagai pengakhirannya. Meskipun berbolak-balik hubungan mereka, namun Kang Yoon-kyum (Park Byung-eun) membuktikan cinta buat Lee Ra-el (Seo Ye-ji) apabila sanggup memandu ke dalam gaung bersama isterinya, Han So-ra bagi menamatkan kesengsaraan kekasihnya itu.
Lebih menyayat hati, Lee Ra-el menjadi saksi kepada kemalangan itu sambil ditemani oleh Seo Eun-pyeong (Lee Sang-yeob). Bermula dari insiden berkenaan, wanita tersebut terpaksa menjalani kehidupannya sambil mengimpikan pengakhiran bahagia sekiranya Kang Yoon-kyum masih lagi berada di sampingnya.
Rating biasa
Sepanjang tayangannya, “Eve” dilihat selesa berlegar-legar dalam lingkungan rating 2% ke 3%. Walau bagaimanapun, drama ini berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 4.5% untuk episod terakhirnya.
Apa pendapat korang dengan endingnya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.