“Ending Mesti Sedih” – Penonton Seronok Lihat Kisah Cinta Segitiga Rumit Dalam ‘The Worst Evil’
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Ada tak yang tengah layan drama “The Worst Evil” sekarang?
Untuk pengetahuan, “The Worst Evil” yang diterajui Ji Chang-wook, Wi Ha-joon dan Im Se-mi, membawa kisah seorang pegawai polis yang menemui jalan buntu ketika menyiasat kancah dadah antarabangsa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membongkarkan jenayah mereka.
Selain plot jenayah, kisah cinta segitiga dalam drama ini turut membuatkan penonton semakin teruja untuk menonton episod seterusnya siri tersebut.
this scene tho I didn’t expect it at all, gicheol’s first love was junmoo’s wife?!!! Like damn necklace 🙃😶 #TheWorstofEvil #TheWorstEvil pic.twitter.com/D0lsS0mN27
— TheBaddestWitches (@95GIZIBE) September 28, 2023
[Amaran Spoiler]
Khususnya, Park Jun-mo (Ji Chang-wook) dan Yoo Eui-jeong (Im Se-mi) merupakan pasangan berkahwin namun harus menyembunyikan mengenai hubungan mereka kerana lelaki itu adalah polis yang sedang menyamar sebagai salah seorang ahli gangster kumpulan Jung Gi-cheul (Wi Ha-joon), bagi menghentikan operasi penyeludupan dadah.
Apa yang menjadikan plot ini lebih menarik, Jung Gi-cheul sebenarnya adalah cinta pertama isteri Park Jun-mo dan masih mempunyai perasaan padanya meskipun tahu dia sudah berkahwin.
Namun suatu hari, mereka bertiga bertemu di tempat pengebumian dan Jun-mo malangnya harus melihat Gi-cheul menghiburkan isterinya kerana dia tidak boleh berbuat demikian.
if they go on a double date it will be in the top 3 shibal moments of this drama#theworstofevil #theworstofevilep5 pic.twitter.com/jfPuCBFC2f
— ᴊ ᴏ ᴏ ɴ (@jooonyie) October 4, 2023
Tidak habis di situ, watak Ji Chang-wook pula tiba-tiba bertemu dengan seorang wanita misteri yang dilakonkan oleh Bibi, juga terlibat dalam operasi penyeludupan dadah Gi-cheul. Adakah dia juga akan terpalit dengan kisah cinta rumit mereka nanti?
Kalau nak tahu pengakhirannya, korang kena tonton drama “The Worst Evil” di laman Disney+ kini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




