Ikuti Kami:

Ending Jadi Persoalan, ‘Anna’ Tamat Dengan Pujian

Ending Jadi Persoalan, ‘Anna’ Tamat Dengan Pujian

Setelah 6 episod tayangan, “Anna” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Kalau anda nak tahu, “Anna” membawa kisah seorang wanita yang menjalani kehidupan berlainan dari asalnya dek satu pembohongan kecil.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir ini, Lee Anna atau Yu-mi (Suzy) cuba mengumpulkan bukti bagi menyumbat suaminya, Ji-hoon (Kim Jun-han) ke dalam penjara akibat pelbagai kesalahan membunuh termasuklah menutup kematian Lee Hyun-joo (Jung Eun-chae) sebagai bunuh diri.

Meskipun pelan yang kukuh namun Ji-hun ternyata lebih bijak dan merancang untuk menamatkan riwayat Anna sebelum kejahatannya diketahui media. Walau bagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan Anna mengambil peluang itu untuk membakar kenderaan tersebut di mana suaminya ada terperangkap di dalamnya.

ending anna

Mengejutkan, kematian lelaki itu nyata menggemparkan Korea memandangkan dia merupakan calon untuk menjadi datuk bandar Seoul. Bagi Anna pula, dia melarikan diri ke Kanada dan terus hilang dari pandangan umum yang berterusan mencari di manakah wanita itu ghaib meskipun turut berada dalam kereta tersebut semasa kemalangan itu.

Dalam pada itu, pihak produksi “Anna” bakal menayangkan versi panjang siri itu dalam dua episod lagi pada Ogos nanti. Ianya bakal menyelitkan cerita dari sudut pandangan watak lain seperti Lee Hyun-joo, Ji-hun dan Ji-won (Park Ye-young).

Korang dah habis layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...