Ikuti Kami:

Dua Watak Lakonan Suzy Dipuji, Episod Awal ‘Anna’ Raih Perhatian

Dua Watak Lakonan Suzy Dipuji, Episod Awal ‘Anna’ Raih Perhatian

Bae Suzy atau Suzy membuktikan bahawa dia ialah seorang pelakon versatil menerusi siri Coupang Play iaitu “Anna”.

Sinopsis

Kalau anda nak tahu, “Anna” membawa kisah seorang wanita yang menjalani kehidupan berlainan dari asalnya dek satu pembohongan kecil.

Wanita sama, dua personaliti berbeza

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, ianya menceritakan bagaimana Yu-mi yang penat dengan tohmahan dan layanan buruk bosnya iaitu Hyun-joo (Jung Eun-chae) telah mencuri passport dan wang wanita tersebut sebelum melarikan diri dengan identiti baru. Yu-mi yang dikenali sebagai ‘Anna’ kini mengubah kesemua latar belakangnya daripada keluarga dan akademik. Malah dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kaya, Ji-hoon (Kim Jun-han) meskipun tiada sekelumit cinta buat lelaki itu.

suzy anna

Semua tak selalunya indah apabila takdir menemukan semula Hyun-joo dan Yu-mi dan wanita kaya tersebut sepertinya mengenalinya. Apakah yang akan terjadi nanti?

Plot dipuji

Rata-rata penonton yang selesai menonton dua episod awal ini hanya mampu memberikan pujian buat lakonan Suzy sebagai Anna dan Yu-mi. Malah plotnya yang tegang membuatkan kesemua mereka tidak senang duduk bagi menyaksikan sama ada Yu-mi mampu mempertahankan identiti ‘Anna’ dari dibongkarkan kepada dunia.

suzy anna

Hanya mempunyai 6 episod sahaja, “Anna” ditayangkan di Coupang Play pada setiap Jumaat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...